Terkadang cita-cita seorang daie begitu besar terhadap mad’uunya,
terkadang seorang daie itu terlupa…bukanlah engkau yang menunjuki mereka
Cita-cita yang ditinggalkan seorang daie di hati mad’uu adalah masa depan islam. Ya, kita meletakkan harapan suatu kebangkitan islam pada mereka yang kita inginkan dan berada di dalam saff da’wah ini…bersama-sama kita. Kelapangan dada dan terbukanya hati mad’uu sangat bergantung pada besarnya pengaruh pertemuan pertama seorang daie dengan mad’uunya. Oleh itu,seorang daie itu perlu diwarnai dengan ruh da’wah baik secara kejiwaan mahupun perilaku.
Apakah yang di katakana ruh da’wah itu? Seorang daie harus benar-benar meletakkan ALlah pada setiap langkahnya, agar ALlah membuka hati orang-orang yang menjadi sasaran da’wah nya.Dia harus melangkah dengan rasa penuh zuhud dan meletakkan pengharapan yang tinggi terhadap campur tangan ALlah. Masakan tidak, hati itu milik ALlah dan Dialah yang membolak-balikkannya.Bila tujuan tidak tercapai, tidak mampu menarik hati sarana da’wah, seorang daie harus sentiasa mengingatkan diri tentang firman ALlah “Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk akan tetapi ALlah –lah yang member petunjuk (pemberi taufiq) siapa yang dikehendakiNya (2:272).
Dalam hal ini, saya teringat seorang sahabat yang ingin sekali saya mahu dia bersama-sama merasai da’wah dan tarbiyyah. Saya melakukan pelbagai usaha memikat hati beliau melalui da’wah fardiyyah dan sebagainya. Namun usaha ini tidak berupaya melembutkan hati beliau, ianya tidak berhasil. Ketika saya sedih dengan keadaan ini, saya menghiburkan hati dengan menhayati kata-kata dari qalamuLlah “Sesungguhnya engkau tidak akan dapat memberi hidayah kepada orang yang kamu cintai, akan tetapi ALlah-lah yang member hidayah kepada siapa yang dikehendakiNya dan ALlah –lah yang lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk (28:56).
Seorang daie yang mengalami kegagalan dalam mencapai tujuan DF, saya kira tidak akan kembali kepada orang yang sama. Akan tetapi akan mengunakan sebahagian masa untuk mempelajari sesuatu. Dia akan mengevaluasi kembali hal itu bersama teman-teman seperjuangan yang lain (qadaya),setelah membekali diri dengan pelbagai maklumat tentang karakter mad’uu, situasi dan takungan. Boleh jadi sebahagian waktu yang kita gunakan untuk muhasabah dan qadaya itu adalah lebih baik dari waktu yang digunakan untuk DF tanpa memahami beberapa isu yang perlu diketahui. Setiap mad’uu mempunyai kondisi peribadi yang berbeza-beza, yang mmbuatnya tidak mudah terbuka dan payah untuk di dekati oleh kader da’wah. Tetapi setelah beberapa waktu, kondisi mereka tetapkan berubah, hati mulai lembut dan ALlah akan membuka hati-hati ini.
Maka kita sebagai seorang kader da’wah@daie tidak boleh bersifat tergesa-gesa ketika hendak memutuskan hubungan dengan seseorang mad’uunya. Kita perlu berusaha memahami takungan da’wah dan metode DF agar tidak mudah putus asa. Satu hal lagi, penampilan seorang daie seharusnya berseri-seri dan ceria, walaupun di awal tadi dikatakan zuhud, tetapi bukan zuhud pada penampilan.Sesungguhnya di dalam hati setiap orang secara fitrah menyenangi semua perkara yang menyambut dan melayani mereka dengan baik seperti mana kata-kata ALlah “Dia (Muhammad) bermasam muka dan berpaling kerana datang seorang buta kepadanya. Tahukah kalian barangkali ia datang kerana ingin membersihkan dirinya (dari) dosa atau ingin mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu bermanfaat kepadanya?”(80:1-4)
0 comments:
Post a Comment